Wahai hamba Allah yang dikasihi
ingin sekali aku bertemu denganmu
sebagai dirimu yang sebenar...
Wahai hamba Allah yang dikasihi
rindunya aku akan kenangan silam
saat hubungan persahabatan kita
terjalin mesra...
Namun kini,
mengapa kau menjadikan dirimu
misteri di fikiranku?
sedangkan kau sebenarnya
ku kenali sejak dahulu...
Wahai hamba Allah yang dikasihi
mengapa istana persahabatan kita
yang pernah diselamatkan sebelum ia musnah
kini kau biarkan sahaja
menjadikannya sepi tidak berpenghuni?
terlalu misteri untuk diungkap...
Wahai hamba Allah yang dikasihi
jujurlah kau pada diriku
agar misteri ini dapat dihurai
dan kita kembali bersama
menjalinkan sebuah persahabatan
yang murni, abadi, sejati...
Disiarkan di:
ANTOLOGI PUISI DAN CERPEN
LAMBAIAN TELUK
Penyelenggara:
RUSDI AWANG, NOORZANANI HAJI KATA, OTHMAN MAHALI
Terbitan:
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah 2008
* Ditujukan buat sahabatku, M. Khairul Anwar...

0 comments:
Post a Comment