Saturday, November 29, 2008

Seandainya

Karya: N Athirah

Seandainya aku mampu
inginku mengembara
di bumi Allah ini.


Seandainya aku mampu
inginku tulis
perihal dunia ciptaan Allah ini.
Seandainya aku mampu
inginku luahkan
isi hatiku ini.


Seandainya aku mampu
inginku menemuimu
wahai kekasihku.


Namun
apakan dayaku seorang manusia biasa
yang hanya mampu menerima hakikat kehidupan
seandainya aku mampu
inginku mencari kembali
cintaku yang kurasakan hilang.


Namun
apakan dayaku seorang hamba Allah
yang hanya mampu menerima takdir
yang telah ditentukan.
Seandainya aku mampu
inginku berteriak
meluahkan rasa rinduku padamu.


Seandainya kau mengerti
bahawa cinta sejati itu
hanyalah cinta pada Allah Yang Maha Esa
gembiralah hatiku kerana kau telah memahami
erti cinta sejati yang sebenar.


Sesungguhnya
aku teramat merinduimu
wahai kekasihku.



Disiarkan di:
ANTOLOGI PUISI DAN CERPEN
LAMBAIAN TELUK

Penyelenggara:
RUSDI AWANG, NOORZANANI HAJI KATA, OTHMAN MAHALI

Terbitan:
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah 2008

0 comments:

 
Template by: Abdul Munir